Saturday, February 9, 2013

Mahkamah Arah Presiden Anak Fail Pembelaan


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, semalam memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari.

Penolong Kanan Pendaftar, Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; Pengarang Harakah, Taufek Yahya; penulis artikel, Mohd. Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd., memfailkan pembelaan mereka.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Felda memberitahu pemberita Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dinamakan sebagai defendan ketujuh masih gagal memfailkan kehadiran di mahkamah.

Abu Bakar berkata, Catherine menetapkan 18 Mac untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Lee Heng Cheong.

Pada 7 Januari lalu, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Mazlan dan enam lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.Mazlan

No comments:

Post a Comment