Gambar hiasan....anggota PDRM menjalankan Ops Selamat di satu lokasi. |
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata setakat ini statistik menunjukkan hasil yang positif dan hampir lima peratus menunjukkan penurunan di negeri ini.
Katanya selain kes kemalangan, statistik kes pecah rumah turut menunjukkanpenurunan yang sama dan pihaknya akan meneruskan rondaan bagi memastikan ianyatidak menunjukkan peningkatan yang ketara.
"Setakat Ops Selamat dilancarkan, stastistik yang diperolehi amat memuaskandan menujukkan hasil yang positif," katanya kepada pemberita selepas mengadakan'Reaching Out' di sekitar bandaraya di Kuala Terengganu, semalam.
Menurutnya Ops Selamat kali ini, pihaknya memberi penekanan advokasi kepada pengguna jalanraya dan mengurangkan mengambil tindakan undang-undang.
Namun pihak polis tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, memandu laju, memotong garisan berkembar dan memotong barisan yang merupakan kesalahan paling banyak menyumbang kepada kes kemalangan jalan raya.
"Dalam Ops ini, kita mengurangkan mengambil tindakan undang-undang sebaliknya kita banyak memberi nasihat, bimbangan dan petunjuk.
"Akan tetapi jika mereka melakukan kesalahan seperti melanggar lampuisyarat, memotong garisan berkembar kita akan mengambil tindakan segera denganmenyaman mereka," katanya.
Salleh berkata selain itu pihaknya juga memberi penekanan kepada penunggangmotorsikal yang sering menyumbang kadar kemalangan maut yang tertinggi.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan statistik penuh Ops Selamat berkenaansehingga Ops tersebut berakhir pada Ahad depan.
No comments:
Post a Comment