Tuesday, February 12, 2013

Karpal ‘Naik Tocang’, Tetap Mahu Anwar Jadi Perdana Menteri

 
 "Dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi...Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak."
- Pengerusi DAP,  Karpal Singh


Kerana PAS parti yang mementingkan kuasa, penakut, tidak berpendirian, ‘kecut telor’ serta tidak berani membuat pendirian siapa wajar jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13, pemimpin DAP semakin ‘naik tocang’.

PAS yang 'klu-klek' mengenai isu Kalimah ALLAH semakin jadi parti tempelan dalam pakatan pembangkang apabila bukan suaranya sahaja tiudak kedengaran, malah tunduk sahaja dengan apa yang dimahukan DAP dan PKR.

Hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menegaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di Georgetown.

Kenyataan ini dengan sendirinya meletakkan PAS, khususnya kepimpinan Majlis Syura di tempat yang memalukan dan lebih buruk Musyridul Am PAS pun tidak yakin bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.


Pada 11 Februari lalu, Majlis Syura Ulama PAS menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-13.

Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Limau Manis di Kota Bahru.


Beliau mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri kembali menjadi tumpuan apabila tercetus khabar angin bahawa Majlis Syura menolak Anwar menduduki jawatan tersebut.

Laporan akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman PAS, turut mendakwa walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis itu belum dipastikan, namun ia didakwadibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut.

Sumber itu turut dilaporkan berkata jika benar pendirian majlis itu menolak Anwar menyandang jawatan tertinggi negara, ini tidak mengejutkan kerana dikatakan memang itu pendirian sebahagian besar pemimpin dan anggota PAS.

Karpal bukan sahaja memalukan PAS mengenai jawatan Perdana Menteri tetapi turut memujuk supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Walaupun disebut memujuk tetapi ia menggambarkan betapa DAP tidak menghormati keputusan badan tertinggi PAS membuat keputusan berkaitan Islam.

Karpal berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura. Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam. Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Abdul Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu.

Abdul Hadi dipetik berkata, Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan.

No comments:

Post a Comment