Saturday, February 16, 2013

PDRM Terima Tiga Bangunan Baharu Bernilai Lebih RM271 Juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jumaat menerima tiga projek bangunan baharu bernilai lebih RM271 juta yang telah disiap dan diserahkan oleh Syarikat Pembinaan BLT Sdn Bhd (PBLT).

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Daud Tahir berkata projek yang diserahkan itu adalah bangunan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama, Perak, dan bangunan Gerakan Am Kubang Badak, Terengganu.

Beliau berkata kesemua projek yang disiapkan itu dilengkapi dengan 7,710 unit kediaman untuk anggota polis dan keluarga masing-masing.

"Kerajaan sentiasa berusaha membangunkan prasana terbaik bukan sahaja untuk PDRM tetapi juga agensi penguatkuasa lain," katanya pada majlis menandatangani dokumen dan penyerahan bangunan PDRM antara PBLT, selaku pelaksana projek, pihak pemilik KDN dan pihak pengguna PDRM, di Pulapol di Kuala Lumpur, semalam.

rojek di Pulapol melibatkan satu blok kompleks akademi latihan enam tingkat, satu blok bangunan latihan taktikal tiga tingkat dan satu blok kuarters 14 tingkat yang mempunyai 100 unit rumah kediaman.

No comments:

Post a Comment