Pemuda Umno Negeri Terengganu meminta pucuk pimpinan parti menyenaraikan lebih ramai calon daripada pergerakan itu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bagi memenangi hati pengundi khususnya golongan muda.
Ketuanya Saiful Bahri Datuk Badaruddin berkata pada pilihan raya lepas hanya empat calon pergerakan itu dipilih untuk bertanding.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu, Isnin, Saiful berkata pergerakan itu mengambil beberapa pendekatan bagi memenangi hati pengundi muda melalui program-program keagamaan, riadah dan sukan yang melibatkan penyertaan penduduk setempat.
Daripada program-program yang dianjurkan itu, pengundi muda terutamanya yang pertama kali menyertainya mula mendekati Umno dan Barisan Nasional kerana yakin dengan parti itu yang boleh membela nasib dan masa depan generasi muda.
Pemuda Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin dengan kecenderungan pengundi muda untuk memihak kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan kepada gerak kerja secara agresif yang dilaksanakan parti itu bagi mendekati dan membela nasib golongan berkenaan.
Pengerusinya, Saiful Bahri Baharuddin, berkata komponen bongsu parti BN itu melaksanakan pelbagai usaha dan program bagi meraih sokongan pengundi muda khususnya di kalangan yang baru pertama kali mengundi.
“Kita dari dulu menjangkakan penambahan pengundi muda disebabkan inisiatif dan kesedaran di kalangan mereka sendiri untuk mengundi.
“Strategi Pemuda BN dari peringkat awal lagi untuk mendekati dan menambat hati mereka khususnya di kalangan yang baru mengundi dengan melaksanakan pelbagai pendekatan seperti kursus, sukan, program agama dan riadah,” katanya di Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Hadir sama, Ketua Pemuda BN Bahagian dan Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat.
Encik Saiful yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri berkata, Pemuda BN Terengganu turut memperkenalkan pelbagai produk baru yang relevan dengan perkembangan semasa dan memenuhi keperluan golongan itu termasuk Bantuan Lesen 1Malaysia dan juga Karnival Kerjaya Belia BN 2013 (22 hingga 23 Februari ini).
Selain itu, beliau juga yakin sokongan lebih daripada separuh 10,722 pengundi di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari negeri ini kepada parti itu berdasarkan sambutan dan respon positif golongan berkenaan menerusi gerak kerja Pemuda dan Puteri BN.
“Lebih daripada separuh penuntut IPTA menunjukkan bacaan sikap ke arah menyokong parti BN. Saya juga melihat kecenderungan pengundi muda terutama yang kali pertama mengundi untuk menyokong kita kerana isu yang melanda pembangkang serta keyakinan golongan itu kepada parti BN yang terbukti mampu membela nasib mereka,” katanya.
Menurutnya, jumlah pengundi muda berusia bawah 40 tahun adalah seramai 343,938 orang atau 54.60 peratus daripada keseluruhan pengundi di Terengganu yang berjumlah 629, 869 orang sehingga suku ketiga tahun lalu.
Lebih 5,000 dijangka kunjungi Karnival Kerjaya Belia BN 2013
No comments:
Post a Comment