Wednesday, February 20, 2013

UMT Sediakan RM500,000 Untuk Pertingkat Pusat Penyelidikan Di Kenyir

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperuntukkan RM500,000 untuk menaik taraf pusat penyelidikannya di Tasik Kenyir  bagi memperluas kajian akuakultur dan biodiversiti.

Naib Canselornya Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata kajian juga meliputi penyelidikan sosio ekonomi bagi membantu masyarakat setempat meningkatkan pendapatan mereka.

Bercakap pada sidang akhbar sempena Ekspedisi 15 Penyelidik UMT selama dua hari di Tasik Kenyir, beliau berkata matlamat utama pusat penyelidikan itu adalah untuk memacu penyelidikan dan pembangunan pangkalan data dalam kajian sains di habitat air tawar.

"Melalui kerjasama penyelidikan dengan industri hiliran terutama dalam pemprosesan hasil pertanian dan kraftangan, ekonomi masyarakat dapat dikembangkan dengan lebih pesat.

"UMT akan memberi keutamaan kepada projek yang memberi impak tinggi bukan sahaja kepada hasil penyelidikan malah pembangunan masyarakat termasuk projek ternakan mutiara air tawar dan projek akuaponik komersial," katanya.

No comments:

Post a Comment