Penggiat industri pelancongan perlu menguasai asas beberapa bahasa asing agar mudah melayan kunjungan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun hadapan.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata mereka juga perlu mengubah sikap agar lebih ramah dan sedia berkomunikasi dengan pelancong luar pada bila-bila masa sahaja.
Katanya sebagai persiapan Kementerian Pelancongan melalui Pejabat Kementerian Pelancongan turut memberi latihan kepada penggiat industri pelancongan sebagai pendedahan untuk melayan tetamu.
"Kita mula membuat latihan dan bengkel kepada penggiat industri pelancongan, pihak hotel, pemilik inap desa, para peniaga, pengayuh beca dan pemandu teksi awal bulan lalu.
"Mereka akan diberi latihan asas komunikasi, penampilan diri dan cara melayan pelancong agar lebih mesKuala Terengganu, semalam.
Mohd Sabri berkata latihan dua hari itu dimulakan awal bulan lalu dan diadakan secara berperingkat ke seluruh daerah menerusi peruntukan kira-kira RM80,000 setahun.
"Kita menyasarkan seramai 300 penggiat industri, peniaga dan pemandu teksi untuk diberi latihan," katanya.
No comments:
Post a Comment