Che Suza (tengah) bersama pegawainya dengan barang curi yang dirampas dari dua suspek pada sidang media di IPD Kemaman. |
Dengan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes ragut di sekitar Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, suspek pertama yang berusia 25 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang kira-kira jam 9 malam.
Katanya, soal siasat ke atas lelaki itu membawa ke satu kawasan semak di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang dan menjumpai beg hitam mengandungi buku akaun simpanan Tabung Haji atas nama isteri Adun Chukai, lesen memandu kelas D, kad pengenalan dan beberapa kad kredit.
“Kesemuanya atas nama yang sama (isteri Adun). Pada masa sama polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha SS yang dipercayai digunakan untuk tujuan ragut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, semalam.
Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama itu, sepasukan polis menyerbu sebuah lagi rumah di kampung sama dan berjaya menangkap seorang lagi suspek yang berusia 23 tahun.
Kata Che Suza, soal siasat terhadap suspek kedua membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Kampung Perpindahan Bukit Kuang.
“Polis juga jumpa jam tangan dalam lipatan kain di dalam rumah itu," katanya.
Dalam kes ragut pada 12 Februari lalu, isteri Adun itu kerugian wang tunai RM1,700 apabila diragut suspek ketika sedang minum bersama beberapa rakan kira-kira jam 5 petang di sebuah kedai di Kemaman. Suspek melarikan diri dengan motosikal bersama seorang lelaki yang menunggu di luar.
SH Online
No comments:
Post a Comment