Saturday, February 9, 2013

Penyokong PAS Kemasik Berang Dengan Guan Eng

Berang dengan tindakan DAP yang tidak menghormati keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah ALLAH, seramai 30 penyokong Pas Kemaman mengadakan demonstrasi aman dan memijak gambar Lim Guan Eng dan Karpal Singh Rabu lalu.


Kesemua mereka yang berkumpul di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai dekat sini kira-kira jam 3 petang turut membawa pelbagai sepanduk bagi menyuarakan kekecewaan terhadap DAP yang seolah-olah menghina umat Islam.

Malah, mereka turut mendesak agar ahli Pas tidak membantu DAP dan PKR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti sebagai tanda boikot.

Wakilnya, Mohd Firdaus Harun, 26, berkata, mereka berkumpul bagi menegakkan kebenaran kerana Majlis Syura sendiri telah membuat keputusan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh agama lain.

“Kita minta pimpinan parti Pas untuk memberitahu kepimpinan DAP dan PKR yang lain agar tidak mencampuri kepimpinan Pas.

“Isu penggunaan kalimah ALLAH ini adalah sesuatu yang sensitif, jadi seharusnya DAP menghormati keputusan itu dan bukannya meminta Majlis Syura ubah keputusan,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, penyokong Pas Kemaman juga meminta pemimpin Pas bersatu hati dan menyingkirkan barua-barua DAP dan PKR dalam Pas.

“Jangan kerana mahukan undi Cina Pas sanggup gadaikan agama Islam. Kami merasa tertipu dalam isu kalimah Allah ini yang jelas menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) tiada persefahaman,” katanya.

Menurut Mohd Firdaus lagi, secara peribadi dalam isu berkenaan beliau melihat Setiausaha Agung DAP seolah-olah cuba melarikan diri kerana hanya mendiamkan diri walaupun didesak supaya meminta maaf selepas memohon kalimah ALLAH dibenarkan untuk diguna dalam Bible versi berbahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment