Wednesday, February 13, 2013

Perayaan Tahun Baru Cina Dapat Disambut Meriah Kerana BN - Ahmad Said


Menteri Besar melahirkan rasa bangga kerana penyertaan ramai rakyat daripada pelbagai kaum meraikan Tahun Baru Cina menunjukkan masyarakat negeri ini hidup dalam harmoni dan  dalam keadaan aman.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, keadaan itu dapat dilakukan hasil daripada sebuah kerajan yang diterajui oleh Barisan Nasional yang baik dan stabil dari segi ekonomi dan politik.
 

Program di daerah Kemaman  yang dihadiri kira-kira 15,000 penduduk di daerah itu membuktikan kenyataan Menteri Besar itu.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pentas oleh artis jemputan.

“Sambutan yang sebegini rupa dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Kemaman yang telah terkenal sejak dulu lagi yang sentiasa bkerjasama antra kaum bagi memastikan daerah ini dapat dibangunkan seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu pada  sambutan Tahun Baru Cina di peringkat daerah Kemaman yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Perayaan yang diadakan di hadapan  Muzium Kemaman, Chukai, malam kelmarin berlangsung dengan penuh meriah. Penganjuran acara itu bukan sekadar meraikan masyarakat Tionghua, tetapi bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum, tanpa mengira fahaman politik.

Ketibaan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud disambut dengan persembahan tarian naga. Hadir sama di majlis itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kemaman, Senator Hajah Rohani Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan kerajaan.

Ahmad Shabery menyifatkan sambutan tahun ini adalah yang paling hebat berbanding tahun sebelum ini.

Beliau turut memuji Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang pandai berbahasa Cina dan bermain alat muzik Cina di mana kelebihan ini dapat memikat hati masyarakat berkenaan.

“YAB. Perdana Menteri dalam Youtube telah membuat ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Cina. Ini menunjukkan bahawa pucuk pimpinan kita dari atas sampai ke bawah mengamalkan konsep 1Malaysia.

“Perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan kita bersama yang dirayakan tanpa kira bangsa Melayu, Cina atau India. Kita tunjukkan Kemaman adalah contoh terbaik bagaimana kita merayakan Tahun Baru Cina tanda kita adalah adik abang, kita bersatu, kita adalah keluarga yang besar,” katanya.


No comments:

Post a Comment