Tandukan penyerang Selangor Veenod Subramaniam (dua, kiri) terkena palang dalam mencari gol ketika saingan Piala FA di Stadium Likas di Kota Kinabalu petang semalam. |
Pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe, menjadi wira pasukan Selangor apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-47, hasil sepakan percuma Solihin Kanasian di luar kotak penalti.
enyerang berusia 27 tahun itu kemudian menambah gol peribadi kedua pada minit ke-87 selepas menyudahkan lontaran Mohd Raimi Mohd Nor bagi menewaskan penjaga gol Sabah, Shahril Sa'ari.
Terdahulu, gol kedua Selangor diperoleh oleh Mohd Raimi pada minit ke-52.
Dalam saingan suku akhir nanti, Selangor akan bertemu pemenang antara Kedah dan Johor Darul Takzim pada 26 Februari ini.
Jurulatih Selangor, Irfan Bakti berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun terdapat beberapa pemain yang tidak menunjukkan aksi memberangsangkan.
No comments:
Post a Comment