Saturday, February 2, 2013

RM20 Juta Untuk Kerja-Kerja Tanah Kuala Nerus

 

Pembangunan daerah baru Kuala Nerus di tapak seluas 200 hektar di Gong Badak, Kuala Terengganu mula dilaksanakan dengan kerja-kerja tanah yang membabitkan kos dianggarkan berjumlah RM20 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peringkat pertama di kawasan seluas 100 hektar melibatkan kerja-kerja pembinaan tapak bangunan, sistem perparitan dan kolam takungan serta jaringan jalan raya.



Menurutnya, ia bakal menjadi model pembangunan contoh yang tersusun, mesra alam dan reka bentuk bandar masa depan dengan infrastruktur terbaik seperti jalan enam lorong dan lanskap ‘bandar dalam taman’.

“Pembangunan bandar ini mengambil kira fungsinya sebelum ini sebagai kawasan paya dan tadahan banjir dengan sistem perparitan dan kolam takungan ditukar menjadi kawasan riadah dan rekreasi,” katanya

Sementara itu, perisytiharan Kuala Nerus sebagai daerah baharu di Terengganu hanya dapat dibuat selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Katanya,  ini kerana perisytiharan daerah baharu mesti mendapat kelulusan majoriti Parlimen.

"Bagaimanapun kerja-kerja awal seperti menyediakan tapak sebagai pusat pentadbiran Kuala Nerus yang terletak di Gong Badak,  telah dilaksana.

"Banyak kerja yang perlu dilaksana di situ seperti membuat persempadanan semula serta penubuhan pusat pentadbiran daerah baharu itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas hadir sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Kuala Nerus semalam.

Pada masa ini Terengganu mempunyai tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

No comments:

Post a Comment