Thursday, February 14, 2013

Rumah Penginapan Tambah Pendapatan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu

Rumah penginapan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu (PNKS) di Rhu 10, di Setius memberi sumbangan ekonomi yang besar kepada persatuan itu setiap tahun.

Pengurus besarnya Tengku Nuar Tengku Mat berkata PNKS memperolehi hasil antara RM200,000 hingga RM300,000 setahun daripada rumah tumpangan itu berbanding projek-projek yang lain.

"Kita banyak projek, tetapi rumah tumpangan itu memberi sumbangan ekonomi yang terbesar kepada persatuan setakat ini," katanya kelmarin.

Tengku Nuar berkata PNKS telah membelanjakan kira-kira RM600,000 untuk membina rumah penginapan dua tingkat dengan 120 hingga 200 buah katil itu.

Untuk jangka panjang, beliau berkata PNKS akan menambah dua tingkat lagi, menjadikan bangunan itu empat tingkat untuk menambahkan lagi pendapatan persatuan.

Tengku Nuar berkata PNKS akan membelanjakan sebanyak RM2 juta untuk tujuan tersebut, yang dijangka akan bermula dalam beberapa tahun ini apabila PNKS mendapat pinjaman daripada agensi kewangan.

Katanya rumah tumpangan PNKS itu menjadi pilihan pelancong kerana ia terletak di pinggir jalan utama Kuala Terengganu-Kelantan, bertentangan dengan Laut Cina Selatan.

"Tambahan pula kita tidak mengenakan harga yang tinggi, cuma kita kenakan harga RM80 sekepala bagi bilik biasa dan RM120 sekepala bagi bilik orang kenamaan (VIP) untuk satu malam," katanya.

Beliau berkata pihaknya bercadang membina beberapa kemudahan termasuk kolam renang di kawasan rumah penginapan itu.

Katanya PNKS mempunyai aset termasuk bangunan rumah tumpangan itu dan empat ekar tanah bernilai RM2 juta. Ini tidak termasuk dua ekar tanah bernilai RM200,000 yang baru dibeli bersebelahan tapak bangunan rumah penginapan berkenaan.

1 comment:


  1. Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete