Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada pertemuan malam tadi. Kelantan tewas 0-2 kepada Selangor. |
Terengganu menjaringkan gol pertama menerusi Ashaari Samsuddin pada minit ke-14.
Sokongan padu daripada penonton nyata membarakkan semangat pemain Terengganu untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri.
Mohd Norfarhan dicabar pemain Selangor, Mohd Raimi (tengah) dalam perlawanan malam tadi. |
Sementara Gergasi Pantai Timur, Kelantan terus dirundum malang apabila tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam semalam.
Dengan keputusan itu, ia bukan sahaja mengecewakan peminat Kelantan yang berada di stadium, tetapi turut membuatkan The Red Warriors terus kempunan meraih tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.
Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan asakan menerusi K Solohin, tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Kelantan yang turun selaku juara bertahan nyata dilihat pincang apabila hantaran bola di bahagian tengah berjaya dikekang pemain tuan rumah.
Selepas itu, gol awal yang dicari Selangor akhirnya menjelma apabila tandukan Francis Forkey Doe membolosi gawang lawan pada minit ke -12 menerusi hantaran cantik oleh Ramzul Zahini Adenan.
Kelantan yang tersentak dengan jaringan itu mula mangatur langkah dan percubaan Obinna Nwaneri pada minit ke-20 hanya melencong ke kiri tiang gol.
Enam minit kemudian, Selangor sekali lagi menceriakan penonton apabila hantaran menerusi sepakan sudut oleh Mahali Jasuli berjaya ditanduk masuk oleh Ramez Jamal pada minit ke-26. Gol tersebut begitu pun tidak mematahkan semangat anak didik Bojan Hodak yang terus melancarkan serangan dan berjaya memperolehi peluang.
Sepakan Mohammad Izuan Salahuddin ketika berhadapan dengan Norazlan jauh melewati palang gol. Bersambung babak kedua, Bojan mula mengatur strategi apabila memasukkan Badhri dan Keita Modjou untuk menguatkan barisan Kelantan.
Ternyata kemasukan dua pemain tersebut telah mengubah corak permainan di bahagian tengah dengan serangan bertali arus, namun kekentalan pertahanan Selangor mematahkan serangan Kelantan. Serangan bertali arus Kelantan hampir memperolehi gol pertama melalui Mandjou pada minit ke-56 selepas mendapat hantaran cantik daripada Badhri. Tendangan penyerang tersebut gagal menewaskan Norzlan. Kelantan terus melakukan pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Izuan yang dilihat sedikit keletihan dan memasukkan Mohd Faiz Subri pada minit ke-75. Usaha terakhir pelawat mendapatkan gol pertama terus kempunan apabila serangan Mandjou berjaya dipatahkan pertahanan Selangor yang bertindak pantas mengeluarkan bola tersebut.
No comments:
Post a Comment