Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya.
Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan sebuah akhbar semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu.
"Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.
"Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri," katanya ketika dihubungi.semalam melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya.
Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan buntu. Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya
No comments:
Post a Comment