Thursday, February 28, 2013

Skandal Balak Setiausaha Agung PAS Untuk Suzana?

 

Namanya seperti tajuk sebuah lagu Pop Yeh-Yeh 60-an nyanyian M Osman - 'Suzana'.

Tapi nama yang bermain di bibir anak muda sekitar 60-an ini sangat special kepada beberapa pemimpin penting PAS Terengganu ketika ia memerintah antara 1999 daN 2004.

Suzana binti Embong ini...yang dikatakan memiliki syarikat Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan balak tanpa tender daripada Kerajaan Pas Terengganu.

Itu dakwaan sebuah blog sambil mencabar Datuk Mustafa Ali:

 "JIKA BERANI SILA DATO’ MUSTAFA ALI SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFIKAN…INILAH SALAH SATU SKANDAL BALAK YANG PALING GLAMOUR DI MASA PAS MEMERINTAH TERENGGANU KERANA MELIBATKAN SEORANG GADIS YANG JADI DENAK KEPADA KRONI PEMIMPIN PAS…"

Blog berkenaan yang menyebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan Menteri Besar dan Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu cuba BERBOHONG dengan mengatakan pemberian kawasan balak kepada Suzana Embong oleh Yayasan Terengganu adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga paling tinggi.


“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi…..” katanya kepada wartawan.

"Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.

Sedangkan kata sumber dalaman itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui proses tender terbuka," demikian kata blog berkenaan.

Bagaimanapun Mustafa yang ketika itu Exco Kanan juga adalah Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu telah menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan itu kepada Suzana.

Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja syraikat milik peniaga berbangsa Cina yang diperalatkan oleh 'Cina Wakaf Tapai' yang dikaitkan juga sebagai kroni Mustaffa Ali. Wakaf Tapai terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa Ali waktu itu iaitu Dun Pengkalan Berangan.

Hadi dikatakan sememang tunduk kepada Mustaffa kerana walaupun Haji Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan kerajaan negeri adalah Mustaffa.

Jom kita cari Suzana yang (kaya raya)  itu sambil menyanyikan lagunya untuk Mustafa:



Suzana ( Suzana ) gadis pujaan ku
Suzana ( Suzana ) gadis idaman ku
Suzana ( Suzana ) engkau pilihan ku
Ku merana jikalau tak bertemu

( korus 1 )
Oh Suzana mengapa
Wajah mu muram saja
Tiada seindah bulan
Tinggi di awan

Oh Suzana mengapa
Wajah mu muram saja
Tiada seindah bulan
Tinggi di awan

Suzana ( Suzana ) marilah sayang adik
Suzana ( Suzana ) marilah sayang kasih
Suzana ( Suzana ) harapan ku hampa
Ku derita jikalau tak bersua

( korus 2 )
Gembiralah Suzana
Bila kita bersua
Lupakanlah derita
Oh Suzana

Gembiralah Suzana
Bila kita bersua
Lupakanlah derita
Oh Suzana

Suzana ( Suzana ) senyumlah sayang adik
Suzana ( Suzana ) dengarlah sayang kasih
Suzana ( Suzana ) janganlah kau bimbang
Cinta kita tak mungkin kan terhalang

Oh Suzana ( Oh Suzana )
Oh Suzana ( Oh Suzana )
Oh Suzana ( Oh Suzana )
Oh Suzana ( Oh Suzana )
Oh Suzana ( Oh Suzana )



Atau juga ke http://www.youtube.com/watch?v=OCD2H-mTK1s

No comments:

Post a Comment