"Kontraktor bertanggungjawab atas kejadian yang dipercayai
berpunca daripada kecuaian pihak berkenaan....kontraktor bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat."
- Datuk Seri Ahmad Said
Bumbung stadium di Terengganu yang runtuh kali kedua jadi bahan jenaka media sosial?
Demikian laporan Malaysiakini yang menyebut gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.
Apakah kejadian keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini dianggap sebagai jenaka?
Kenapa ia dianggap sebagai jenaka?
Siapa berjenaka? Kerajaan Negeri atau kontraktor yang menjalankan kerja membaik pulih berkenaan?
Laporan Bernama petang ini menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Kerangka lama bumbung stadium berkenaan, yang sedang dibaik pulih, runtuh dan mencederakan lima orang pekerja.
Tiga daripadanya cedera parah, menurut laporan itu lagi yang memetik kenyataan timbalan ketua polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil. Katanya, runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter.
Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.
Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu kontraktor bertanggungjawab atas kejadian yang dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak berkenaan.
Katanya, kontraktor itu bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.
Menurut laporan itu, stadium berkenaan sedang dibaikpulik dengan kos RM15 juta.
Bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah, menurut laporan itu lagi.
Mangsa kejadian kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Tiga yang cedera parah itu dikenalpasti sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21. Dua lagi yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.
Sementara itu, bekas perunding pembinaan stadium tersebut, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah melahirkan rasa dukacitanya kerana kejadian hampir sama berlaku sebagaimana kejadian runtuh yang berlaku pada tiga tahun yang lalu.
Beliau yang turut berada di tempat kejadian kesal kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak mahu belajar dari kesilapan yang lalu.
"Saya rasa amat dukacita kerana perkara yang lebih kurang sama berlaku sekali lagi (dan) kita tidak mahu belajar dariapada perkara yang lepas, selepas runtuh bumbung yang pertama kita (saya) sebagai 'consultant' (perunding) yang asalnya telah mengesyorkan kepada kerajaan supaya bumbung yang belum runtuh (yang runtuh hari ini) di pecat secepat mungkin,
"(tetapi) kenapa kita tunggu sampai tiga tahun sehingga sampai tahap begini,"jelasnya.
Beliau berkata, secara lojiknya masalah yang sama sedang menunggu masa menimpa bumbung tersebut kerana ia dibuat oleh kontraktor yang sama dengan menggunakan pekerja dan bahan yang sama.
Menurutnya, beliau telah masuk ke dalam stadium tersebut dan memeriksa kejadian yang runtuh pada hari ini mendapati, keadaan kerangka yang patah dan runtuh itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini.
Beliau menegaskan, tidak ada apa yang dapat diselamatkan lagi pada struktur stadium tersebut kerana kerosakan yang berlaku sudah menyebabkan kerangka utama konkrit menjadi rosak.
"Saya masuk dan tengok tadi, rosaknya hampir sama sepeti yang dulu juga (bahkan) sekarang ini rosaknya bukan hanya bumbung.....bila dia (kerangka) hempap atas (bahagian) tempat duduk (itu), struktur konkrit pun ada yang patah.....ada yang tembus....ada yang berkecai,
"Apa yang dapat diselamatkan lagi....bukan sahaja bumbung sahaja dah rosak, tempat duduk kerangka utama konkrit pun pecah juga jadi boleh dikatakan tidak ada apa lagi yang boleh kita selamatkan,"tegasnya
Raja Bahrin mendakwa, stadium tersebut telah kehilangan penjana kuasa dan kabel yang bernilai puluhan ribu ringgit akibat kecuaian kerajaan yang tidak menjaga amanah harta rakyat.
Kita menunggu laporan di pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya mengenai punca keruntuhan serta kesanmya kepada stadium ini.
Apakah ia sama dengan apa yang disebut Raja Bahrin?
No comments:
Post a Comment