Thursday, February 21, 2013

Maidam Terima Bayaran Zakat Dari Golden Pharos Berhad


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Golden Pharos Berhad dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Pada majlis itu, Pengerusi Kumpulan Golden Pharos Berhad, Datuk Zubir Embong menyerahkan replika cek berjumlah RM209,385.10 kepada Yang Dipertua Maidam, Datuk Omar Pilus.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Mohd Rozali Saleh turut menyaksikan penyerahan zakat tersebut.

Golden Pharos Berhad adalah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia, dimiliki sebanyak 63.61% oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Negeri Terengganu.

Kegiatan utamanya adalah pengurusan konsesi hutan, pembalakan dan pengagihan, pengilangan papan dan pemprosesan tambah nilai barangan berasaskan kayu, pengilangan dan menjual panel kaca seni binaan serta pintu kayu.

Teganukita

No comments:

Post a Comment