Sunday, February 24, 2013

UniSZA Terima Pelajar Palestin

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan universiti pertama di negara ini yang akan menerima dan menempatkan 10 pelajar dari Palestin untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, ini berikutan perjanjian kerjasama (MoU) antra UniSZA dengan Universiti Islam Gaza yang akan diadakan semasa beliau (Yahaya) diundang mengadakan ucaptama di universiti itu pada 10 Mac ini.

"Saya merupakan ahli akademik yang pertama di negara ini diundang untuk memberi ucaptama di universiti itu pada satu persidangan mengenai pembangunan pasca perang di Palestin iaitu apa yang perlu dilakukan oleh Gaza dalam konteks membangunkan sebuah negara selepas perang.

"Pada masa sama saya akan mengadakan MoU dengan universiti itu di mana saya akan menawarkan 10 tempat pengajian kepada 10 pelajar Palestin di UniSZA,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Baucar Buku 1Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian, Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment