Monday, March 11, 2013

All England: Chong Wei Gagal Lagi


Impian pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk melakar hatrik dalam Kejohanan All England sekali lagi tidak kesampaian apabila kecundang di tangan pemain China, Chen Long malam tadi.

Tahun lepas, Chong Wei gagal meraih gelaran hatrik apabila terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika aksi final menentang Lin Dan.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham itu, pemain pilihan pertama ini tewas 17-21 dan 18-21 dalam masa sejam.

Ketiadaan seteru utamanya, Lin Dan nyata gagal dimanfaatkan Chong Wei untuk memburu gelaran ketiga setelah memenanginya pada tahun 2010 dan 2011.

Dalam saingan perseorangan wanita, Baun Tine dari Denmark dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Ratchanok dari Thailand 21-14, 16-21 dan 21-10.

Sementara itu, gandingan China, Wang Xiaoli/Yu Yang mengalahkan rakan senegara, Chenh Shu/Zhao Yunlei 21-18, 21-10 untuk menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut mengungguli acara beregu lelaki apabila Liu Xiaolong/Qiu Zihan menewaskan Endo Hiroyuki/Hayakawa Kenichi dari Jepun 21-11 dan 21-9.

No comments:

Post a Comment