Tuesday, March 12, 2013

Andy Cole, RoRobbie Fowler beraksi di Malaysia 21 April


Peminat tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan legenda bola sepak Eropah, European Player Legend (EPL) menerusi kejohanan Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup pada tahun ini.

Kejohanan itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 April ini membabitkan pemain legenda dari kelab terbesar di Eropah seperti Manchester United, Liverpool, EPL All Stars dan The Malaysia Legends.

Penganjur kejohanan dalam satu kenyataan, semalam, menyenaraikan David James, Robbie Fowler, Steve McManaman dan Dietmar Hamann (Liverpool); Andy Cole, Lee Sharpe dan Ronnie Johnson (Manchester United) serta Dennis Wise, Franck Leboeuf dan Tore Andre Flo (EPL All Star) antara pemain yang bakal beraksi.

Selain itu, peminat juga berpeluang mendapatkan autograf pemain menerusi Karnival Bola Sepak Jalanan yang diadakan sebelum perlawanan bermula pada jam 3 petang.

Orang ramai boleh membeli tiket menerusi Air Asia Redtix (redtix.airasia.com) bermula Ahad ini dengan harga dari RM18 hingga RM198.

No comments:

Post a Comment