Saturday, March 2, 2013
ATM & Sime Darby FC Masing-masing Kekal Pendahulu Liga Super, Perdana
Keputusan seri tanpa jaringan itu membolehkan ATM bimbingan B. Sathianathan untuk terus menerajui takhta liga dengan mengumpul 15 mata, hanya kelebihan satu mata ke atas pencabar terdekat, Selangor.
Selangor hanya akan turun beraksi menentang T-Team di Kuala Terengganu, Selasa ini.
Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, Kelantan bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama untuk mengikat Perak dengan keputusan seri 1-1.
Bagaimanapun, Perak mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol seawal minit kedua menerusi jaringan Abdul Hadi Yahya sebelum Keita Mandjou menyelamatkan maruah skuad 'The Red Warriors' dengan gol penyamaan pada minit ke-88.
Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana, wakil kelab Lembah Klang, Sime Darby FC terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga selepas mengalahkan UiTM FC, 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sime Darby FC dan Sarawak masing-masing berkongsi 23 mata namun kelebihan berpihak kepada wakil kelab berkenaan yang mempunyai jumlah jaringan yang lebih besar.
Perlis turut memungut tiga mata penuh selepas menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar. Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas Johor.
Turut memungut tiga mata penuh ialah juara Liga FAM 2012, SPA Putrajaya FC yang berjaya mengalahkan Pos Malaysia 1-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.
Perlawanan antara wakil kelab Negeri Sembilan, Betaria FC menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka berkesudahan keputusan seri tanpa jaringan.
No comments:
Post a Comment