Najib bersalaman dengan para peserta yang menghadiri majlis Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. |
Perdana Menteri berkata, RM400 juta akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). "Sebanyak RM100 juta akan dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pembangunan korporat bagi pertambahan ekuiti Bumiputera," kata beliau sebelum merasmikan Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013 diKuala Lumpur semalam.
Sementara itu, kata beliau, RM100 juta akan diberi kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi membantu usahawan Bumiputera mendapat lokasi strategik di pusat beli-belah ternama bagi memasarkan jenama antarabangsa.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kenaikan had pinjaman kepada usahawan di bawah kendalian Mara dan Tekun daripada RM50,000 kepada RM100,000.
Selain itu, beliau turut menaikkan had pembiayaan di bawah kendalian Mara daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
Najib berkata, dana tambahan yang dikendalikan oleh EPU itu akan digunakan untuk program-program strategik seperti memperkasakan usahawan Bumiputera dengan pendekatan yang berinovasi agar usahawan-usahawan itu dapat memperluaskan pasaran serta menyediakan infrastruktur yang lengkap.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan menggalakkan agar usahawan Bumiputera dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran masing-masing supaya dapat terus berdaya saing dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata untuk berjaya.
Sekiranya seseorang usahawan Bumiputera itu mempunyai kebolehan, tanpa tandatangan sesiapa pun mereka layak untuk bersaing mendapatkan kontrak, kata Najib. "Kita tidak mahu pengusaha-pengusaha sebegini sebab kalau kita beri (kontrak) berdasarkan mereka yang buat begini, maka kita tidak akan bangunkan satu budaya baharu dalam kalangan usahawan Bumiputera," kata Najib.
Beliau turut memberi contoh kontrak Transit Aliran Ringan yang diberi baru-baru ini, sebanyak 45 peratus daripada jumlah nilai kontrak telah diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera berdasarkan merit kerana mereka telah dikenal pasti sebagai layak dan berkebolehan dalam melaksanakan projek-projek yang diberikan.
No comments:
Post a Comment