Sunday, March 31, 2013

Dijangka Lebih 1,200 Pemain Badminton Remaja Terlibat Dalam Program Cari Bakat PBNT

Lebih 1,200 pemain badminton remaja lelaki dan perempuan seluruh Terengganu dijangka menyertai program mencari bakat pada 5 April ini bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Perlis pada 2014.

Program dua hari itu yang merupakan anjuran bersama Persatuan Badminton Negeri Terengganu (PBNT) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan dibuat di Stadium Negeri, di Kuala Terengganu.

Yang DiPertua PBNT Syed Abu Bakar Abdullah berkata bagi SUKMA yang akan datang ini pihaknya mensasarkan pingat tanpa mengira warna kerana belum pernah memenangi sebarang pingat dalam acara sukan tersebut.

Beliau memberitahu mana-mana pemain yang dipilih nanti akan diletakkan di bawah kendalian seorang jurulatih Indonesia.

Diharapkan impian pingat pertama menerusi acara sukan itu pada SUKMA 2014 akan berhasil, katanya.

No comments:

Post a Comment