Friday, March 1, 2013

Fatehah Azam Kekal Kejuaraan Di ACC 2013 Bulan Depan


Masih dibelenggu kecederaan tulang belakang, ratu pecut negara, Fatehah Mustapa tetap berharap mampu mengekalkan pingat pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 New Delhi, India bulan depan.

Menyumbangkan pingat emas dan gangsa bagi acara keirin serta saingan pecut pada kejohanan sama di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, tahun lalu, Fatehah mengakui terbeban, namun pelumba trek berusia 24 tahun itu yakin mampu mengatasinya.

“Saya tidak alami sebarang masalah kekalkan momentum, cuma latihan masih belum lengkap memandangkan kami baru dua bulan mulakannya selepas berehat panjang sejak Olimpik London 2012,” katanya ketika ditemui.

Dalam masa sama, menjangkakan saingan sengit daripada pelumba Hong Kong dan China, Fatehah yang optimis akan pulih sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini bagi menghadapi Kejohanan Grand Prix di Jerman Jun nanti berkata, perasaan gentar itu memang ada, namun dia akan melakukan yang terbaik untuk bawa balik sekurang-kurangnya satu pingat.

No comments:

Post a Comment