Tuesday, March 26, 2013

Folan Digugur, Mampukah T-Team Mencari Penyerang Lebih Menyengat?

Caleb Folan paling kanan ketika diterima menjadi pemain T-Team.
Pasukan T-Team kini sedang menguji Igor Sani (kiri), seorang bekas penyerang kelab Centro Desportivi Fatina dari Portugal bagi menggantikan Caleb Folan.

Selain Igor, katanya beberapa pemain dari Brazil, Nigeria, Cameroon, Croatia dan Bosnia akan turut menjalani sesi ujian sebelum jendela pendaftaran pemain pusingan kedua dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan depan.

Bekas pemain Birmingham City, Folan bersetuju menamatkan kontrak bersama pasukan T-Team pada saingan Liga Super yang memasuki pusingan kedua bulan depan.

Penyerang kelahiran England berusia 30 tahun itu mengikat kontrak selama setahun dengan skuad 'The Titans' untuk musim 2013 dan selepas 10 perlawanan, pemain itu masih buntu mencari gol.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata, Folan bersetuju untuk meninggalkan pasukan itu setelah gagal membantu pasukan serta menjaringkan sebarang gol dalam 10 perlawanan yang diturunkan.

Status pemain import tidak penting malah misi menjaringkan gol menjadi keutamaan, katanya kepada di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata, mereka kini mencari pemain import baharu bagi menyelamatkan kedudukan pasukan itu yang kini tercorot di tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam Liga Super.

Pasukan kendalian Peter Butler itu mengumpul sembilan mata dengan hanyamenjaringkan tiga gol sahaja sepanjang 10 perlawanan setakat ini.

No comments:

Post a Comment