Tuesday, March 26, 2013

Lumba Basikal: Terengganu Senarai Enam Pelumba Ke Sirkit Indonesia


Terengganu menyenaraikan enam pelumba ke kejohanan lumba basikal grand prix sirkit pertama Indonesia di Semarang, Jawa Tengah dari 2 hingga 8 April ini.

Jurulatih lumba basikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, mereka terdiri dua pelumba elit dan empat pelumba junior untuk menimba pengalaman.

Katanya, Mohd Badrol Hakimi Hamid, juara acara ujian masa di Grand Prix Kebangsaan di Muar, Johor dari 23-24 lepas akan mengetuai pasukan itu.

Lima lagi pelumba ialah Mohd Iskandar Ahmad Sapti, Mohd Shazwan Alif Zaidi, Abdul AzizZahid, Abdul Arif Abdul Rahman dan Zulkhari Hamdan.

Terengganu juga akan menghantar wakil pada sirkit kedua dan sirkit ketiga kejohanan itu, katanya.

Katanya, Terengganu sedang membimbing 20 pelumba termasuk enam pelumba ke Indonesia itu sebagai persediaan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2014.'

Beliau berkata, setakat ini pelumba berkenaan telah didedahkan dalam kejohanan Sport Excel di Perlis dan kejohanan di Muar itu dan menurutnya prestasi mereka di kedua-dua kejohanan itu amat memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment