Saturday, March 9, 2013

Guru Ditangkap Khalwat Dalam Semak

Sepasang penjawat awam termasuk seorang guru kanan sebuah sekolah menengah di daerah ini dilaporkan ditangkap khalwat di kawasan semak berhampiran tangki air, di Bukit Kluang , dua hari lalu.

Difahamkan guru kanan lelaki itu berusia 50-an dan pasangannya yang bertugas sebagai kakitangan sokongan di sekolah berasingan ditangkap sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Besut ketika mereka berdua-duaan di dalam sebuah kereta.

Dikatakan, mereka yang juga telah berumah tangga dan mempunyai anak akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Besut bulan depan atas tuduhan berkhalwat.

No comments:

Post a Comment