Tinjauan di jalan utama sekitar Jalan Baru Pak Sabah mendapati, ada juga segelintir remaja daripada kumpulan itu tidak menunaikan solat Jumaat walaupun mereka berpakaian baju Melayu.
Mereka menjadikan teduhan pokok sebagai tempat berhimpun sebelum memulakan aktiviti tidak berfaedah ini sebaik jemaah turun dari masjid.
Pengguna jalan raya, Ariffin Zakaria, 48, berkata, kebanyakan remaja bermotosikal itu berumur antara 15 hingga 20-an, malah ada antara pembonceng motosikal terdiri daripada murid sekolah. “Bila polis peronda tiba, mereka melarikan diri melalui lorong-lorong kecil, bila polis pergi mereka datang balik dan kembali memecut di jalan raya.
“Kita bimbang aktiviti seperti ini boleh mengundang tragedi tidak diingini, selain turut memberi imej yang kurang baik jika ada pelancong yang secara kebetulan berada di sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor menasihatkan ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan aktiviti sedemikian.
Dahlan berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dengan menghantar unit kereta peronda dan anggota trafik termasuk mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal yang ditahan jika melakukan kesalahan.
Beliau juga turut menegaskan, peruntukan undang-undang juga membenarkan pihak berkuasa mengambil tindakan seperti mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan termasuk ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.
No comments:
Post a Comment