Tuesday, March 12, 2013

Isu Pengganas Di Lahad Datu - Anak Jamalul Kiram III Jadi Pendamai?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di FELDA Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah bagi meninjau operasi Ops Daulat hari ini. Turut kelihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin (kanan).
Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas dan adik Jamalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail II telah mengadakan pertemuan tertutup semalam untuk membincangkan pengunduran pengikutnya dari Sabah.

Bercakap kepada pemberita di Manila semalam, Roxas berkata, pertemuan beliau dengan Esmail bukan pertama kali diadakan bagi membincangkan krisis melibatkan wilayah Sabah. Roxas berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Esmail pada Khamis lalu dan pertemuan secara tertutup itu bakal diadakan hujung minggu ini.

Anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebahagian daripada 16 mayat pengganas yang dibedah siasat di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Esmail merupakan putera kedua Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu manakala Agmuddin Kiram yang merupakan adiknya kini bersembunyi di Sabah dan mengetuai tentera pemberontak sekitar 200 orang bagi menuntut semula wilayah yang kononnya milik mereka.

“Pertemuan kami nanti bakal membincangkan pengunduran angkatan tentera diraja sultan di Sabah bagi memastikan rakyat yang tidak berdosa turut sama diheret dalam konflik yang berlanjutan lebih satu bulan itu,” katanya dipetik laman web www.abs-cbnnews.com.

Tambah beliau, sejak krisis tercetus bulan lalu, kerajaan Malaysia ada meminta supaya Esmail bertindak sebagai pengantara.

Bekas Presiden Filipina, Fidel V. Ramos semalam menasihatkan Presiden Benigno Aquino III supaya melembutkan hati dan mendengar luahan hati Jamalul yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu berkaitan isu Lahad Datu, Sabah.

Ramos memberitahu pemberita semalam langkah Aquino mendekati Jamalul mampu mengakhiri konflik yang sedang melanda Sabah ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menulis surat secara rasmi kepada Aquino bagi meberitahu keperluan untuk berdepan dengan Jamlul bersama para pengikutnya.

Ramos berkata, beliau berasa terpanggil untuk memberi nasihat itu sebagai bekas presiden negara itu.

Sementara itu, lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut.

"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.

"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa. Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.

Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu.

"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya. Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak semalam.

No comments:

Post a Comment