Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyasarkan untuk mempunyai ambulans di setiap daerah bagi memudahkannya menjalankan operasi kecemasan.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan JPAM Zainun Salleh berkata bagi tujuan itu, JPAM akan menambah 20 ambulans baharu pada tahun ini sebagai tambahan kepada 111 ambulans milik jabatan itu di seluruh negara.
"Untuk daerah yang telah mempunyai kemudahan tersebut tetapi memiliki ambulans lama yang sudah uzur kita akan pertimbangkan untuk digantikan dengan yang baharu," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Kursus Lanjutan Asas T-Baton Siri 2/2013 untuk Pengawal Keselamatan KP11 JPAM di Kuala Terengganu,
Sementara itu, Timbalan Pengarah JPAM Terengganu Mohd Zubir Mohd Juzad berkata kira-kira 15,000 anggota JPAM negeri akan menanam 20,000 batang pokok di persekitaran pejabat JPAM dalam usaha memelihara alam sekitar.
Program itu bagi menjayakan Program Sukarelawan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Menanam Sejuta Pokok peringkat kebangsaan yang dilancarkan pada 12 Feb lalu, katanya
"Pada peringkat permulaan untuk hari ini, kita akan menanam 250 pokok yang terdiri daripada pokok jenis teduhan seperti pokok bonsai, bunga kertas, bunga raya dan sebagainya," katanya.
No comments:
Post a Comment