Saturday, March 9, 2013
JPJ Berjaya Kutip Hasil RM3.33b - Solah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya meningkatkan kutipan hasil jabatan itu sebanyak 5 peratus iaitu RM3.33 billion sepanjang tahun lalu berbanding RM3.17 billion tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, kutipan bagi lesen kenderaan bermotor memperolehi kutipan tertinggi iaitu RM2.2 bilion manakala lesen memandu mengutip RM414.4 juta
“Bagi bayaran tender nombor pendaftaran kenderaan pula sebanyak RM203.6 juta diikuti bayaran pendaftaran kenderaan biasa RM151.1 juta, lain-lain bayaran RM190.4 juta dan bayaran selesai tanpa bicara RM82.8 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (ADC) JPJ Malaysia 2012, di Dewan Utama Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu hari ini.
Katanya, penaiktarafan Stesen Penguatkuasa (SPK) kepada pejabat cawangan yang mendapat reaksi positif penduduk setempat merupakan salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan kutipan hasil jabatan tahun lalu.
“Sehubungan itu kita telah mengenal pasti empat lagi SPK yang boleh dibaik taraf kepada pejabat cawangan iaitu SPK Bukit Besi kepada Pejabat Cawangan Dungun dan SPK Jerantut kepada Pejabat Cawangan Jerantut.
“SPK Maran kepada Pejabat Cawangan Maran dan SPK Kuala Selangoe kepada Pejabat Cawangan Kuala Selangor.,” katanya.
Selain itu katanya, cadangan turut dibuat bagi membeuka cawangan baharu di Cameron Highland dan Baling,Kedah tidak lama lagi dan waran perjawatan untuk dua pejabat berkenaan telah diluluskan.
Pada majlis itu seramai 616 orang kakitangan JPJ seluruh negara menerima ADC dan 25 orang daripadanya merupakan kakitangan JPJ Terengganu.
Pada majlis yang sama JPJ telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM13,823 untuk mengisi Tabung Wira Lahad Datu Media Prima hasil derma semua warga JPJ seuruh negara.
Solah berkata, kutipan bagi lesen kenderaan bermotor memperolehi kutipan tertinggi iaitu RM2.2 bilion manakala lesen memandu mengutip RM414.4 juta
No comments:
Post a Comment