Wednesday, March 6, 2013
Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram
Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata diSabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan.
"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.
Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnyabersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskanundang-undang dikaji terlebih dahulu. "Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlumain peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undangantarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.
Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas PengarahJabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itumengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.
"Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripadaJamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota poliswalaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.
Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti UtaraMalaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari suduthubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipinamengekstradisi Jamalul Kiram.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) DatukMohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undangantarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.
No comments:
Post a Comment