Friday, March 29, 2013

Kolej Antarabangsa Mara Ketengah Akan Beroperasi Julai

Kolej Antarabangsa Mara Ketengah yang diwujudkan hasil memorandum persefahaman (MoU) antara Mara dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan mula beroperasi Julai ini.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata, pengambilan pertama pelajar untuk kolej tersebut adalah seramai 150 orang.

"Kolej ini khusus untuk pengajian tahap A-Level untuk pelajar-pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Staf telah mula berkhidmat pada bulan ini dan kita telah bersedia dalam aspek pengurusan dan hanya menunggu untuk kemasukan pelajar sahaja,” katanya kepada sidang media di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya selain Mara, Ketengah juga ada menandatangani MoU dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), dan Risda untuk pembangunan modal insan dan pendidikan masyarakat.

No comments:

Post a Comment