Tuesday, March 12, 2013
Kumpulan Anti-Anwar Lempar Telur, Kayu?
Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN semalam bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu petang semalam.
Tiga kumpulan berkenaan, yang terdiri daripada 50 orang, turut membakar bendera PKR di luar premis tersebut.
Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.
Dakwaan ini sudahpun dinafikan Anwar. Naib presiden parti tersebut, Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak".
Tian menafikan dakwaan tersebut dan memulakan tindakan undang-undang ke atas penulis blog pro-Umno Papagomo yang menimbulkan dakwaan tersebut.
Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu pada mulanya dilakukan pada jarak dianggarkan 50 meter dari ibu pejabat PKR.
Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke arah pejabat parti tersebut sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' dan membawa poster dengan slogan "Anwar Ibrahim Dalang Lahad Datu".
Gerombolan berkenaan secara tiba-tiba seterusnya meluru ke arah enam orang penyokong PKR yang berdiri di luar premis yang berkunci itu.
Mereka melemparkan telur, kayu, sebuah kotak dan juga satu kon trafik – ada di antaranya disasarkan ke arah bangunan dan ada juga ke arah penyokong PKR – namun tidak menyebabkan kecederaan.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment