Monday, March 4, 2013
Lapan Kategori Meriahkan Kerjohanan Merentas Desa IPG
Kejohanan Merentas Desa peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail baru-baru ini, berlangsung dalam suasana meriah dengan lapan kategori dipertandingkan.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar itu melibatkan penyertaan daripada pensyarah, kakitangan IPG, guru pelatih serta guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Kuala Terengganu.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori guru pelatih IPG lelaki / wanita, kategori pensyarah, staf dan guru lelaki / wanita, kategori veteran, kategori pelajar sekolah lelaki / wanita dan kategori istimewa.
Penyertaan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Ghulam Sarver Mobarak Ali telah membakar semangat peserta untuk memulakan larian pada kejohanan yang julung kalinya melibatkan penyertaan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Kuala Terengganu itu.
Lebih menarik, beliau sendiri yang memenangi kategori istimewa yang terbuka kepada semua peserta yang mempunyai berat melebihi 75kg bagi peserta wanita manakala 90kg bagi peserta lelaki.
Kejohanan tersebut turut diserikan dengan senaman aerobik yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih dari Unit Pendidikan Jasmani dan acara cabutan bertuah mengakhiri program.
Teganukita
No comments:
Post a Comment