Sebahagian ahli Pertis yang aktif mengikuti program yang diadakan. |
Program dalam masa terdekat ini melibatkan 18 peserta dan dibimbing ustaz terlatih yang juga ahli persatuan berkenaan.
Pengerusinya, Mohd Fauzi Mansor berkata, usaha mengadakan kelas hafaz al-Quran itu dibuat setelah melihat kejayaan membanggakan pada program terdahulu iaitu al-Quran Braille, bacaan Yasin dan sebagainya.
“Kita cuba meningkatkan kemahiran ahli menambah nilai yang ada, selain ingin memberi pendedahan kepada golongan istimewa supaya mampu menguasai bacaan al-Quran seperti individu normal lain.
“Malah, program yang baru diperkenalkan ini juga dilihat lebih mudah berbanding program lain,” katanya.
Menurutnya, dunia hari ini jelas memberi kelebihan kepada golongan cacat penglihatan untuk menikmati kehidupan sama rata.
SH Online
No comments:
Post a Comment