Tuesday, March 26, 2013

Lapangan Terbang Langkawi Tarik Pengendali Jenama Baharu

Lapangan Terbang Sultan Mahmud sedang melakukan pengubahsuaian ke arah komersil baharu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan mempunyai jenama baharu, Casa Impian, Gloe, Marrybrown dan Plaza Premium Lounge, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB dalam satu kenyataan berkata mengikut pelan Hala Tuju Perniagaan lima tahun yang bertajuk 'Runway to Success ', lapangan terbang di negara ini dikategorikan dalam empat model komersil -- gaya hidup, liburan, komuniti dan tanggungjawab korporat.

"Lapangan Terbang Langkawi termasuk dalam Model Lapangan Terbang Liburan.

"Ruang komersil diperluaskan sebanyak lima peratus dan dijangka menjana pendapatan tambahan kira-kira RM7.6 juta," kata pengendali lapangan terbang itu.

MAHB berkata di bawah pelan itu, lapangan terbang di Kuching, Miri, Mulu, Labuan dan Lahad Datu telah menyiapkan pengubahsuaian mereka manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Baharu, Ipoh, Bintulu, Sibu dan Tawau sedang membuat pengubahsuaian ketika ini.

Pengendali lapangan terbang nasional itu berkata mulai 24 Mac ini, ia akan meraikan lapangan terbang Langkawi di bawah model komersil baharu dengan acara hiburan dan promosi bercirikan budaya dan hospitaliti Malaysia yang dipersembahkan kepada pengunjung yang datang.

No comments:

Post a Comment