Sunday, March 17, 2013
Lebih 30,000 wanita Terengganu semarakkan 1Million Women Purple Walk
Lebih 30,000 wanita dari pelbagai agensi dan persatuan di Terengganu menyemarakkan acara berjalan kaki serentak di seluruh negara sempena program `1Million Women Purple Walk 2013’, bermula dari Taman Awam Batu Buruk ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.
Sebahagian 30,000 wanita menjayakan Program `1Milion Women Purple Walk 2013' peringkat negeri Terengganu dari Taman Awam Batu Buruk ke Dataran Shahbandar. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud menyempurnakan acara pelepasan peserta di Taman Awam Batu Buruk, kira-kira jam 9 pagi.
Semua peserta berhimpun dan menyertai senamrobik sebelum berjalan kaki beramai-ramai dalam cuaca baik, sejauh kira-kira dua kilometer menghala ke garisan penamat di Dataran Shahbandar.
Majlis di Dataran Shahbandar, kemudiannya disusuli lintas langsung ucapan pelancaran 1Malaysia Komuniti PERWANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dari Dataran Putrajaya, kira-kira jam 9.30 pagi.
Sebaik selesai ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita, Datuk Yahya Khatib Mohamad, Menteri Besar kemudiannya menyampaikan ucapan pelancaran peringkat negeri.
Menteri Besar turut menyempurnakan gimik pelancaran dan diakhiri dengan acara sampingan di pentas utama termasuk persembahan artis popular tanah air, Aizat. Program 1Milion Women Purple Walk diadakan serentak dengan Pelancaran 1Malaysia Komuniti PERWANI seluruh negara , selain sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diadakan 8 Mac setap tahun.
Teganukita
No comments:
Post a Comment