Sunday, March 17, 2013
Aksi Mesra, Gimik Politik Jijik UMNO Menjelang Pilihan Raya – Anwar
Gambar daripada video seks yang disebarkan oleh blog pro-Umno hanya "fitnah pilihan raya", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Anwar pemimpin PAS, DAP dan PKR turut menyatakan cara penyebaran gambar ini sebagai taktik basi. Ketika ditanya hari ini, Anwar menafikan tuduhan menjadi pelaku dalam gambar itu.
Anwar menafikan beliau lelaki di dalam gambar yang disiarkan beberapa blog awal minggu ini, kononnya diambil dari sebuah video seks.
"Saya sudah katakannya (saya menafikannya). "Ini adalah gimik politik jijik yang dilakukan oleh Umno.menjelang pilihan raya," katanya ketika ditemui pemberita ketika sedang meninggalkan sebuah majlis di Bandar Utama, Selangor.
Sejak dua hari lalu, gambar menunjukkan hubungan intim dua lelaki dalam sebuah bilik itu menjadi modal baru penulis blog anti-Anwar. Beberapa keping gambar yang disiarkan itu menunjukkan aksi intimdua lelaki sedang berpelukan dan bercumbuan.
Gambar seorang daripadanya turut dipaparkan dalam keadaan bertelanjang bulat. Anwar menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memburuk-burukkan beliau bagi tujuan politik.
Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata beliau akan membiarkan peguamnya untuk memutuskan mengenai perkara itu. "saya tidak tahu lagi.
Saya akan biar peguam saya menguruskannya," kata Anwar. Beberapa pemimpin PKR pula menyifatkan penyebaran gambar sebagai taktik basi digunakan pihak lawan untuk ‘menyerang’ pembangkang.
Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum dan orang ramai juga sudah boleh ‘menghidu’ dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan.
“Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini).
Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka. “Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri,” katanya ketika diminta mengulas berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain.
Haniza yang juga Adun Taman Medan mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah untuk menjatuhkan PR.
Beliau bagaimanapun yakin PR tidak akan tergugat dengan 'serangan' ini memandangkan rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.
“Sepatutnya dalam politik, kita kena tumpukan kepada perkara berkaitan dasar dan polisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya menggunakan politik durjana," katanya.
Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim berkata, PR sudah menjangka serangan taktik kotor akan menjadi semakin rancak digunakan pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terutama terhadap Anwar.
“Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita pembangkang tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.
“Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memihak kepada PR untuk menyerang beliau antaranya isu liwat I dan II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, ia bukan perkara baru yang dilakukan pihak tertentu, sebaliknya mereka yang terlibat hanya ‘kitar semula’ isu berkenaan.
“Ini satu tindakan tidak bermaruah dan politik kotor kerana tiada fakta yang jelas untuk membuktikannya. Sepatutnya, dalam politik ini, kita hanya ‘bertempur’ dari segi idea, bukan dengan cara seperti ini.
“Saya percaya, rakyat kini sudah bijak menilai mana (perkara) yang betul,” katanya.
No comments:
Post a Comment