Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meneruskan program membaiki rumah nelayan di seluruh negara tahun ini dengan menyediakan peruntukan RM130 juta untuk tujuan itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata sehingga kini hampir 12,000 rumah telah dibina dan lebih 7,000 unit telah siap sepenuhnya.
Beliau berkata di Terengganu, LKIM membelanjakan RM10 juta
untuk membaik pulih 1,160 rumah dan daripada jumlah itu, 729 telah siap
manakala 158 dalam seliaa.
"Bermula tahun ini, LKIM juga akan mengadakan program membina rumah baharu kepada nelayan yang mempunyai tapak rumah, membabitkan kos RM40,000 sebuah.
"Syaratnya tapak rumah itu milik nelayan sendiri sama ada pemberian ibu bapa atau mertua," katanya di Kuala Terengganu.
Beliau berkata program itu juga terbuka kepada kerajaan negeri untuk penempatan semula nelayan.
Katanya kerajaan negeri perlu menyediakan tapak dan kemudahan asas manakala kos rumah akan ditanggung LKIM.
No comments:
Post a Comment