Wednesday, March 20, 2013

BR1M Jadi Inisiatif Tahunan - Perdana Menteri

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan awal tahun lalu, akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.


"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung malam semalam.

Justeru kata Najib, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.

Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji serta meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.


No comments:

Post a Comment