Friday, March 29, 2013

Malaysia Antara Pelabur Terbesar Di Afrika

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia merupakan pelabur ketiga terbesar di Afrika selepas Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata Malaysia juga mendahului China dari segi saiz pelaburan langsung asingnya (FDI) di Afrika. "Malaysia sudah mengatasi China dari segi saiz FDI ke Afrika, menjadikan kita pelabur ketiga terbesar di belakang Perancis dan AS.

Ia berpotensi menjadi keluaran ekonomi yang kukuh,” kata Najib dalam tweet terkininya semalam.

Artikel berita Reuters menerbitkan data Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini yang menunjukkan Malaysia merupakan pelabur ketiga terbesar di Afrika pada 2011, tahun terkini data itu diperoleh, di belakang Perancis dan AS, meletakkan China dan India ke tempat keempat dan kelima.

Ia berkata bagi Malaysia, pelabur terbesar di Afrika termasuk Petronas dan Sime Darby.

Laporan itu yang dipetik oleh Reuters, menyebut: “Portfolio FDI global Malaysia meningkat lebih daripada empat kali ganda dalam dekad lepas kepada AS$106 bilion (RM328 bilion) pada akhir 2011.

1 comment:

  1. Sertai kami di 1kubsb untuk diskaun dan rebat tunai koperasi tuan/puan.

    ReplyDelete