MB kecewa pembangkang mempolitikan isu pencerobohan di Lahat Datu,Sabah Ahmad terharu melihat foto yang ditunjukkan ibu Zulkifli Mamat |
Katanya, apa guna pertempuran di Kampung Tandou,Lahat Datu,Sabah,kelmarin dirancang kerajaan khususnya Umno sedangkan keluarga mangsa terbabit kehilangan anak tersayang.
Menurutnya, pemimpin pembangkang sudah ketandusan isu sehingga sanggup mempolitikan pencerobohan yang dilakukan warga asing berkenaan.
Kerajaan negeri menyifatkan Inspektor Zulkifli Mamat, 29, anak watan dari Besut, sebagai “:Wira Negara” kerana sanggup mengadai nyawa bagi mempertahankan bumi Malaysia diceroboh warga asing.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Allahyarham yang sangup berkorban dan dalam masa sama rasa sedih kerana kehilangan seorang wira.
Katanya, kerajaan negeri akan membuat keputusan pada mesyuarat Exco Rabu ini untuk menentukan bantuan yang perlu diberikan kepada keluarga, balu dan anak allahyarham.
“Allahyarham sudah membuktikan kepada rakyat Malaysia yang sanggup mengadai nyawa demi mempertahankan negara,” katanya selepas melawat ibu keluarga allahyarham di Kampung Kubang Ikan kelmarin.
Hadir sama Ketua Polis Terengganu,Datuk Jamshah Mustafa, ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof,ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad, ADUN Jabi Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.
Ahmad Said berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri merakamkan takziah kepada balu, ibu dan keluarga allahyarham sambil berharap keluarga terbabit tabah menghadapi cabaran hidup.
No comments:
Post a Comment