Monday, March 4, 2013

Isu Besar Dihadapi Pembangkang Bakal Untungkan BN Terengganu

Beberapa isu besar yang melanda pembangkang di dijangka memudahkan Barisan Nasional (BN) Terengganu mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, antara isu besar yang dicetus pembangkang yang akan memakan dirinya sendiri ialah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

"Ramai orang berkata PRU-13 kali ini merupakan ibu segala PRU yang kritikal kepada BN. Namun dengan segala macam isu besar yang dicetus pemimpin pembangkang, sudah pasti PRU kali ini merupakan PRU yang mudah bagi BN.

"Kita sebagai umat Islam, kita tidak boleh berkongsi kalimah Allah dengan agama lain kerana ia hak eksklusif orang Islam," katanya ketika berucap menutup program Himpunan Kesatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai dekat kelmarin.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'The Giant Killer' selepas mengalahkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada PRU 2008 berkata, isu penggunaan kalimah Allah sama seperti isu amanat Abdul Hadi yang dikeluarkan pada 1981 dulu yang akan memakan dirinya sendiri.

Katanya, lain-lain isu yang akan melemahkan pembangkang termasuk pemberian Bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana pembangkang menyifatkannya sebagai pemberian makanan kepada lembu atau ayam selain pakatannya dengan DAP dan PKR.

Sementara itu Abdul Rahman berkata, di Terengganu, BN mampu memenangi kesemua lapan kerusi parlimen di negeri ini dengan BN mampu memenangi 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Post a Comment