Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam meluangkan masa menziarahi Tikah Kadir, 57 yang merupakan ibu kepada bekas kapten pasukan bola sepak T-Team, Zairo Anuar Zalani di rumahnya di Kampung Ibai Penunjuk, Kijal.
Tikah yang mengidap penyakit strok dan kencing manis sejak sebulan lalu juga merupakam bekas pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, dekat Kemaman.
Kehadiran Menteri Besar yang juga ADUN Kijal disambut Zairo yang kini merupakan pemain pasukan Red Warrior serta bapanya, Zalani Awang.
Turut serta dalam kunjungan kira-kira 20 minit itu, Ketua Wanita UMNO Kemaman, Senator Rohani Abdullah.
No comments:
Post a Comment