Sunday, March 17, 2013

Peruntukan Tambahan Untuk ATM

Najib berbual dengan para pesara pegawai tinggi ATM pada Program Sepetang Perdana Menteri Bersama Para Pesara di Putrajaya semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedia meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna di Sabah baru-baru ini, kerajaan akan melakukan penambahbaikan dari segi peralatan, latihan, kemahiran dan perisikan ATM pada keseluruhannya.

"Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat dalam soal kedaulatan wilayah dan keselamatan negara. "Kita perlu melakukan apa sahaja demi masa depan negara," katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi ATM di Seri Perdana semalam.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment