Muhaizar Muhamad mengekalkan rentak kejuaraan sirkit kedua Cabaran Gunung Negara 2013 apabila muncul juara kategori terbuka lelaki pada Terengganu International Mount Berembun Challenge (TIMBC) di Dungun, semalam.
Dalam saingan di Hutan Lipur Air Tejun Chemerong, Muhaizar mencatatkan masa dua jam 22 minit untuk mengalahkan pencabar terdekat Muhamad Affandi Nudin dan Muhamad Nazri Ahmad di termpat ketiga.
Muhaizar sebelum ini pada sirkit pertamanya iaitu Cabaran Yam Tuan Antah Challenge pada awal Febuari lalu telah muncul juara selain Muhamad Nazri yang merupakan pemenang kedua pada cabaran sebelum ini, mengekori rapat mengumpul mata.
Bagi terbuka wanita, Azlinawati Hussain muncul juara dengan catatan masa 3'09.06s.Mengekori rapat Foo Kam Miew dengan perbezaan tiga minit untuk berpuas hati di tempat kedua dan Ching Soo Min di tempat ketiga 3'18.17s.
Bagi juara kategori veteren lelaki telah dimenangi oleh Rusli Sulong (2'20.36s), diikuti Rozmi Yunus dan Mohamad Yusof Ilah yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 2'25.45s dan 2'38.01s.
Sembilan kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita Antarabangsa, Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita (19 tahun ke atas), Terbuka Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Terbuka Remaja Lelaki dan Wanita (bawah 18 tahun) dan Tertutup Tempatan Lelaki dan Wanita (19 tahun ke atas).
Bagaimanapun hanya tiga kategori sahaja mengumpul mata dalam keempat-empat sirkit berkenaan iaitu kategori Terbuka Lelaki dan Wanita serta Veteran Lelaki.
Pemenang keseluruhan yang mengumpul mata tertinggi selepas menyertai empat sirkit akan dinobatkan sebagai Jaguh Gunung Negara 2013 serta ditaja menyertai Mount Kinabalu International Climbathon 2014 di Sabah tahun depan.
Sirkit di Terengganu adalah yang kedua daripada empat sirkit selepas Gunung Datuk di Negeri Sembilan manakala sirkit ketiga selepas ini akan diadakan di Gunung Jerai, Kedah (25 Mei) dan sirkit terakhir adalah di Gunung Nuang, Selangor pada 8 Disember ini.
No comments:
Post a Comment