Sunday, March 31, 2013

Pendapatan Lebih 70 Peratus Peserta 1Azam Meningkat


Lebih 70 peratus daripada 106,967 peserta program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) di seluruh negara berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

Ketua Pejabat Pengurusan Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Hazmi Samsudin berkata masing-masing memperoleh pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM300 sebulan.

“Sepanjang tempoh 2011 hingga Januari 2013 itu, kerajaan telah membelanjakan RM1.2 bilion untuk program 1Azam dan apa yang membanggakan lebih 70 peratus peserta berjaya menambah pendapatan mereka,” katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas Program Karisma Teman 1Azam Kepala Batas,kelmarin.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment