Mangsa ketaksuban ajaran sesat oleh anak sendiri yang dipotong kemaluan, berkemungkinan tidak akan pulih sepenuhnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa berumur 67 tahun berkemungkinan berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan sampingan lain, kesan daripada kecederaan yang dialaminya.
“Mungkin disebabkan faktor usia, mangsa tidak dapat pulih seratus peratus, masalah kesihatannya mungkin akan terjejas selepas ini.
“Mangsa kini masih ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya, kelmarin.
Menurutnya, walaupun keadaannya semakin stabil, namun mangsa masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
"Sementara itu, suspek berusia 40 tahun yang dilaporkan stabil kini difahamkan mengalami masalah tekanan emosi dan masih ditempatkan di wad biasa HSNZ.
“Suspek dilaporkan dalam keadaan emosi tidak stabil, dipercayai mengalami masalah gangguan mental dan jika keadaannya berlarutan, berkemungkinan dia akan menjalani pemeriksaan mental,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan gara-gara dipercayai terlalu taksub dengan ajaran sesat dipelajari melalui laman web, seorang anak tergamak memotong kemaluan bapanya yang juga seorang bilal masjid menggunakan sebilah pisau, kononnya untuk mengeluarkan semangat ‘Imam Nawawi’ di dalam badan.
Ekoran kejadian itu, mangsa dilaporkan kritikal walaupun kemaluannya berjaya disambung semula kerana mengalami pendarahan serius semasa kejadian dan faktor usia.
No comments:
Post a Comment